Sistem Pentadbiran

Sistem pentadbiran Luak Inas
Tadbiran Luak Inas yang wujud pada masa dahulu digunapakai hingga sekarang ada tiga bahagian:

  1. Tadbiran Adat Perpateh
  2. Tadbiran Agama Islam
  3. Tadbiran Moden (JKKK) 

Susunan tadbir cara adat
Tadbiran Adat Perpateh ini diamalkan semenjak hampir tiga kurun yang lalu hingga kini kekal dan diamalkan dalam Luak ini.Adat berdasarkan bertangga naik,berjingjang turun

  • Alam Beraja
  • Luak Berpenghulu
  • Suku Berlembaga
  • Anak Buah Berbuapak
  • Kekuasaan yang tertentu
Raja
  • mentadbirkan negeri.

Penghulu:
  • mentadbirkan Luaknya luar dan dalam
  • menetapkan dasar-dasar pada lembaga
  • menghukum sesiapa yang bersalah
  • menggalakan membuka kampung dan sawah padi
  • memberi kuasa kepada Lembaga mentadbirkan pertanian
  • menentukan sempadan kawasan tanah
  • menetapkan masa turun kesawah
  • mengawal dan mencegah penyakit berjangkit
  • merestui lantikan Lembaga Luaknya
  • kuasanya-Pedang pemancung
  • habuannya-cukai pertanian dan ternakan,jumlah cukai bergantung kepadanya.
  • Oleknya 2 ekor kerbau dan seekor kambing.
Lembaga.
  • Ketua adat dalam sukunya.
  • menetapkan dasar adat kepada Buapak dan anak buahnya.
  • menyelesaikan perbalahan dalam sukunya.
  • mengawal tanah adat supaya tidak jatuh ketangan lain suku.
  • menyaksikan tukar hakmilik tanah adat.
  • menggalakan anak buah bertani.
  • mengetuai pengairan sawah padi.
  • melantik pegawai-pegawai masjid.
  • kuasanya-tali pengikat (menentukan  satu-satu kesalahan anak buahnya)
  • habuanya-jika mantai kerbau atau lembu ditanah adatnya,ramek-ramek menjadi miliknya.
  • Oleknya-seekor kerbau atau lembu.
Buapak.
  • mengawal ketenteraman anak buahnya.
  • mencegah perkahwinan sesuku.
  • menjadi ketua membuat kerja kahwin anak buahnya.
  • membayar dan menerima adat pesaka.
  • mendenda secara adat  kepada anak buahnya yang melakukan kesalahan.
  • kuasanya-Taji dua bertimbul.
  • habuannya-wang cabutan perkahwinan anak buahnya.
  • seruannya-cepat datang lambat balik.
  • Oleknya seekor kambing.
Tua Suku.
  • menjadi ketua kepada sau-satu perut.
  • ketua perunding anak buah,,melapurkan apa jua tugas yang dibuatbersama anak buah kepada Buapak.
  • menetap hari sesuatu kerja yang hendak dibuat.
  • mengarahkan anak buah menjemput waris yang hampir.
Pawang.*(tiada lagi pada masa kini).
  • menjaga Luak dari bencana ghaib.
  • memulakan kerja bersawah padi.
  • membenteras wabak penyakit berjangkit.
  • menjaga alat-alat kebesaran Penghulu Luak.
Bidan.
  • membantu Ibu-ibu bersalin.
  • memotong pusat bayi yang baru lahir.
  • menjaga kesihatan ibu dan anak yang baru lahir.
  • memberi nasihat kepada ibu-ibu yang mengandung.
Juak-Juak Hulubalang.
  • mengawal keselamatan Luak dari ancaman musuh luar dan dalam.
  • Panglima Puteh mengawal keselamatan diair.
  • Panglima Hitam mengawal keselamatandidaratan.
  • Memperang mengawal Penghulu.
  • Mengarang mengawal Bentara Jantan.
Mawan.
  • Penitir canang garau (jantan)
Mengarang
  • Mengawal keselamatan Bentara Jantan
Mendalam.
  • Mengeluarkan dan penyimpan alat-alat kebesaran Penghulu selepas digunakan.
Rimau
  • Penitir canang sering (betina)
Susunan tadbir Agama (sebelum perang ke II)
Kawasan kampung yang ramai penduduknya didirikan rumah ibadat seperti Masjid atau surau bagi memudahkan penduduk mempelajari Agama Islam yang diketuai oleh Pegawai-pegawai masjid dan Alim Ulama.terdapat empat buah masjid iaitu:
  • Masjid kariah Gating.
  • Masjid kariah Kabung (Tg.Pisang)
  • Masjid kariah Inas.
  • Masjid kariah Dingkir (selepas perang ke II)
  • juga terdapat beberapa buah surau rumah persendirian alim Ulama
Susunan tadbir baru.
menubuhkan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan kampung (JKKK),ahlinya terdiri dari segenap lapis masyarakat dan pertubuhab yang berpengaruh ditempat itu,supaya dapat diselaraskan.
Badan ini bertanggungjawab mentadbir bagi kemajuan kampungnya,terutama dari segi pembangunan asas yang diperlukan oleh penduduk.Dengan tujuan menentukan dasar-dasarnya:
  • menentukan rancangan pembangunan asas.
  • melaksanakan rancangan yang diluluskan.
  • menentukan keutamaan rancangan yang perlu.
  • mempengaruhi fikiran penduduk tempatan untuk menjayakan sesuatu projek umum.
  • berdaya usaha menjayakan projek.
  • membantu mengadakan tapak pembangunan.
  • mengadakan perbincangan dan mesyuarat dari mas kesemasa yang diperlukan.
  • menyediakan tugas ahli JKKK.
Ketua Bahagian dilantik bagi melicinkan pentadbiran ini:
  • Ekonomi
  • pelajaran
  • Kesihatan
  • Pertanian.
  • Ternakan.
  • Gotong-royong.
  • Keselamatan.
  • Kebudayaan,Belia dan Sukan.