Lokasi Menarik




Setiap kampung pasti ada tempat yang menarik untuk dikunjungi,meskipun pada orang setempat sudah biasa namun bagi orang luar dan berminat pasti akan datang pada hujung minggu atau masa cuti sekolah dengan membawa keluarga.
Diantaranya ialah kawasan perkelahan dan perkhemahan Jeram Papan,sungai yang berhampiran tepi jalan,jarak 7 km dari kampung Batu Rembau ke Inas atau 12 km dari Kuala Johol ke kampung Batu.
Pada masa dahulu sebelum kawasan ini dijadikan tempat beriadah adalah tempat Tentera menjalani latihan.Kini kawasan ini telah disediakan kemudaham asas seperti bilik air,surau dan gerai jualan.


sungai jeram papan


Kawasan yang lain ialah Lubuk Bunga di kampung Dingkir antara kawasan yang popular dikampung ini,meskipun jauh sedikit dari jalan utama tetapi tidak menghalang kepada pengunjung yang berminat untuk berkelah atau berkhemah,mungkin kerana suasana yang tenang dan airnya yang jernih.jarak antara jeram Papan ke Lubuk Bunga lebih kurang 8 km.Pada masa dahulu Lubuk Bunga ini adalah kawasan empangan kecil bagi mengalirkan air kesawah  seluruh kampung Inas,tetapi kini tidak lagi digunakan oleh kerana tanaman padi yang terakhir dibuat tahun 1990. selepas itu kebanyakan tanah sawah dijadikan kebun sayur dan ada yang membina rumah.
Lubuk bunga ini juga terkenal dengan lagenda penubuhan kampung Inas.
Jika ingin lebih mencabar lagi bolehlah 'river tracking' ke jeram Angin pasti pengalaman ini tidak luput dari ingatan


gambar hiasan sahaja