Info

Negeri Sembilan terkenal dengan adat perpateh diamalkan hingga kini
Didalam sistem pentadbiran Luak Inas perlantikan ketua atau ahli adat hendaklah mengikut peraturan yang telah ditetapkan

Penghulu Luak.
Datuk Penghulu Luak ialah ketua adat yang tertinggi didalam Luaknya. Pada masa dahulu disebut juga Undang kerana kekuasaannya dalam Luaknya sama seperti Undang,tetapi kerana ganjaran yang diterima dari kerajaan agak rendah,masyarakat memandang tidak sama seperti Undang. Gelaran ialah 'Datuk Johan Pahlawan Walat Kuala Dioh' seperti terakam dalam cop mohor yang diakui oleh Sultan Johor pada tahun 1760 yang masih tersimpan oleh sesiapa penyandang Datuk penghulu Luak Inas

Perlantikan Penghulu Luak Inas
Apabila Penghulu meninggal dunia,Bentara Jantan diistiharkan menyandang Datuk Penghulu Luak Inas.Lantikan ini dilakukan oleh Bentara Betina dan disetujui oleh Datuk-Datuk Lembaga Luak Inas.Pengistiharan perlantikan ini mesti disaksikan oleh Pegawai Daerah bagi pihak kerajaan dan penyelia Adat Melayu Negeri Sembilan bagi wakil DYMM Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan bagi merasmikan perlantikan itu.

Perlantikan Bentara Jantan / Bentara Betina
Bila kekosong jawatan Bentara Jantan / Bentara Betina,maka lantikan ini akan diistiharkan oleh Buapak yang tiga,iaitu Paduka Pahlawan,Paduka Kebangsa dan Amar Penghulu sebagai pemilih Lembaganya.Mereka juga boleh menolak seseorang calon,jika ini berlaku terpaksa membuat pemilihan lain,tetapi calonnya mesti datang dari Perut yang sama. Perut penghulu Luak Bentara Jantan dan Bentara Betina ada tiga Perut Inas,Perut Dingkir dan Perut Nuri. calon dari ketiga perut ini bergilir-gilir menyandang ketiga-tiga jawatan ini
kebiasaannya mana-mana perut yang lama belum menyandang dicalonkan.
Jika calon yang menawarkan diri melebihi dari seorang,maka pemilhan dibuat secara pengundian daripada anak buah lelaki dan perempuan terdiri dari Suku Biduanda WarisTiga Perut dan anak buah dari Biduanda Kabung,Biduanda Kebangsa dan Biduanda Betawi yang cukup umur.( ditetapkan oleh Buapak)
Calon yang mendapat banyak undian layak di istiharkan penyandang dengan mendapat restu dariPenghulu Luak Inas mengistiharkan disaksikan oleh pegawai daerah (kerajaan) dan dirasmikan oleh penyelia Adat Istiadat melayu Negeri sembilan sebagai wakil DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan

Perlantikan Datuk Lembaga
Datuk Lembaga adalah ketua dalam sukunya,mereka juga mempunyai perut gelaran sebagai penyandang Lembaganya.Lembaga dilantik oleh Buapak dalam suku itu sendiri,Buapak lain tidak berhak campur tangan.buapak boleh menolak atau menerima calon,jika berlaku penolakan,pemilihan calon mesti dari perut yang sama,kecuali rosak dari segi adat dan masih belum dibaiki bertimbang salah pada Lembaganya.Perut yang lama belum menyandang diberi keutamaan sebagai calon.Syarat utama menjadi calon mestilah ada sakanya(ada tanah pusaka di kampung atau tanah sawah di Luak Inas ). Mereka yang berkedin( memasuki sesuatu suku mengaku bersaudara)tidak berhak dicalonkan sebagai Lembaga,calon juga mestilah berkahwin dengan perempuan Luak Inas.
Sekiranya calon melebihi seorang pengundian akan dibuat.Perlantikan Lembaga ini direstui oleh Penghulu Luak sebagai ketua Luak,Pegawai Daerah (kerajaan) dan Penyelia Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan(wakil DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri sembilan) Pengundi yang datang dari luar Inas tidak dianggap sebagai pengundi kecuali ada Sakanya diLuak Inas


Perlantikan Buapak setiap Suku
Pemilihan Buapak pada setiap suku ditentukan oleh anak buah perempuan tiap-tiap suku,kerana dialah yang menggunakanya (pesaka duduk atas saka).Mereka yang dipilh menjadi Buapak mestilah bersifat adil saksama,baik budi pekerti,bertimbang rasa tapi tegas dan tidak berat sebelah.Lantikan disahkan oleh Datuk Lembaga dalam suku itu sendiri sebagai ketua anak buah suku.Buapak bersifat tidak ada sanak saudara yang rapat,semua dalam sukunya anak buah,barulah ada keadilan.


Singgah dimata tidak dipicingkan
Singgah diperut tidak dikempiskan
Padang orang jangan berlari
Padang awk jangan berjingket
Tiada adik,kakak dan Ibubapa
Semua anak buah sama rata
Keadilan dapat berdiri


Alat Kebesaran 
Semasa Penghulu Luak Inas yang bernama Bayan dikurniakan kekuasaannya dan cop mohor dari Sultan Johor dan mendapat gelaran Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Walat Kuala Diuh sebagai berkuasa didalam luaknya serta beberapa alat alat kebesaran yang berupa senjata bagi mempertahankan kedaulatannya dimasa itu seperti :


Cop Mohor Kebesaran
Diukir dari logam dengan tembukan tulisan jawi dengan perkataan DATUK JOHAN PAHLAWAN LELA PERKASA WALAT KUALA DIUH,S.H.1218.


hiasan sahaja
Sebilah keris panjang
Ditauliahkan kepada penyandang Datuk Penghulu Luak Inas .Besi dituang,hulu tanduk,sarungnya kayu.Lambang kebesaran Datuk Penghulu Luak Inas.Dengan kekuasaan ini dapat mentadbirkan Luaknya berdasarkan lunas adat Perpateh,bersendikan hukum dan Kitabullah dengan adil. Sesiapa melakukan kesalan,sabit salahnya,keris ini penghukumnya.


Tiga bilah Tombak berambukan rambut.
Besi tajam seperti lembing,bertangkai kayu panjang sedepa dan berambu dari rambut Penghulu Embun Seri,dianggap berdaulat.sebagai senjata rasmi Datuk penghulu Luak turun menurun bagi mengawal ketenteraman Luaknya.
Dihari Istiadat Kebesaran Tombak ini ditugaskan kepada Memperang Kanan dan Kiri serta menggarang memegangnya.


Dua Bilah Pedang Panjang
Besi seperti parang panjang tanpa sarung.Melambangkan Kebesaran Datuk penghulu Luak Inas bagi menagkis ancaman musuh.Sebagai senjata pengawal peribadi keselamatan Datuk  Penghulu. Diberikan kuasa menggunakannya kepada Datuk panglima Puteh dan datuk Panglima Hitam.


Dua Pucuk Lela Rentaka
Dibuat dari tembaga dituang,yang panjang jantan yang pendek betina Bentuknya seperti meriam,ubatnya dari belayat (ubat Bedil).pelurunya dari timah bertuang.Ditugaskan kepada Mengkakap pembakar bedil.belayat boleh didapati dari DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan melalui D.O dan permit dati OCPD. Digunakan sebagai memberitahu orang ramai;

  • Mula Puasa
  • Mula hari raya
  • Menyambut ketibaan Penghulu dan datuk Lembaga majlis perkahwinan
  • Dalam peperangan menentang musuh.



Gong atau Tetawak
Dari logam besi,puting punatnya dari tembaga.Digunakan memberitahu orang ramai tentang apa-apa tugas yang akan dibuat dibalai Penghulu seperti bergotong royong, atau kecemasan.


Dua Bilah Canang Jantan dan Betina
Seperti gong atau Tetawak tetapi kecil,yang garau dinamakan jantan,yang sering dinamakan betina.Gunanya apabila dititir memberitahu sesuatu kejadian berlaku di Balai penghulu seperti:

  • Lantikan penghulu Baru
  • Penghulu meninggal dunia
  • Adat berpuar
  • Bertekaci
  • Ratib jalan
  • Memulakan menanam padi
  • Memulakan kerja Olek Waris
  • Sesuatu kejadian kecemasan